Wednesday 5 September 2012

BERSATU LAH bangsaku!!


SALAM  SATU MALAYSIA
             Masih belum terlambat ana mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dan Selamat menyambut  hari kemerdekaan yang ke-55 buat rakyat Malaysia semua.
           Setelah puas ber-open house dan kibarkan bendera sampai kebas lengan, mari kita renungkan secalit kisah yang berlaku pada malam 30 ogos lalu di Dataran Merdeka. Dimana tatkala kita rakyat Malaysia sedang dalam persiapan menunggu detik 12 tgh  malam untuk melaung MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! . Segerombolan monyet  Species Baru Iaitu bangsatbodohtadaotak turut menyertai perarakan menyambut kemerdekaan Negara kita dengan Trend mereka tersendiri.
              Mereka dilihat terkinjal-kinjal dalam keseronokan yang dicipta sendiri. Acara terbesar mereka malam itu adalah memijak gambar pemimpin negara kita, membakar gambar serta mengibarkan bendera “ BARU” untuk menggantikan Jalur Gemilang.
         Apakah ini yang diterapkan oleh ibu bapa mereka? Guru-Guru mereka dan masyarakat dikeliling mereka? Salah siapa perkara ini berlaku? Generasi sebeginikah yang akan diberi mandat untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini satu hari kelak?  
Beruk
      Malu beb malu... malu dengan orang melayu sekarang. Belajar tinggi2 sampai tingkat 16 tapi bodoh macam katak. Kalau ye pun tak suka pemimpin , ini bukan caranya nak tunjuk. Mana Akhlak terpuji melayu kita?? Agama kita? Dimana letak Akal waras remaja dan beruk tersebut sewaktu melakukan perkara sebegini?? REnung2 lah keadaan Negara kita dalam 20tahun akan datang jika Melayu masih bergaduh sesama sendiri. BERSATULAH BANGSAKU!

Tuesday 19 June 2012

ISlam hanya nama!

Salam ukhwah!!
    Saya terkilan dengan paper, berita hari ini dengan keadaan Negara2 islam diseluruh dunia kian musnah.

Islam kini dipijak, dihina, dimusnahkan didepan mata kita sendiri.
     Dimanakah pemimpin-pemimpin negara islam yang lain. Kita hanya memandang sebelah mata seolah-olah yang ditembak, dibunuh itu seekor nyamuk bukanlah saudara seislam kita.. Andai kita ditempat mereka dan pemimpin mereka mengucap sedemikian, apakah reaksi kita? Apakah harapan kita? Adakah dengan sumbangan wang, ubatan, kritikan pengganas yang kita harapkan?
  Demikan juga mereka, bukan tagihan wang ataupun bantuan lain yang mereka inginkan. Tapi mereka mahukan keadilan, hak mereka dikembalikan segagai penduduk asal bumi mereka. Mereka inginkan bantuan ketenteraan untuk membebaskan mereka daripasa cengkaman musuh supaya anak-anak mereka dapat bersekolah, menuntut ilmu, bersiar-siar tanpa rasa risau dan sekatan ditanah mereka sendiri.
 Sabda Rasullulah s.a.w 


          “Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”


Maka para sahabat r.a. bertanya,


 ”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”


Sahabat bertanya lagi,


“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“


Sahabat bertanya lagi,


“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”