Tuesday 19 June 2012

ISlam hanya nama!

Salam ukhwah!!
    Saya terkilan dengan paper, berita hari ini dengan keadaan Negara2 islam diseluruh dunia kian musnah.

Islam kini dipijak, dihina, dimusnahkan didepan mata kita sendiri.
     Dimanakah pemimpin-pemimpin negara islam yang lain. Kita hanya memandang sebelah mata seolah-olah yang ditembak, dibunuh itu seekor nyamuk bukanlah saudara seislam kita.. Andai kita ditempat mereka dan pemimpin mereka mengucap sedemikian, apakah reaksi kita? Apakah harapan kita? Adakah dengan sumbangan wang, ubatan, kritikan pengganas yang kita harapkan?
  Demikan juga mereka, bukan tagihan wang ataupun bantuan lain yang mereka inginkan. Tapi mereka mahukan keadilan, hak mereka dikembalikan segagai penduduk asal bumi mereka. Mereka inginkan bantuan ketenteraan untuk membebaskan mereka daripasa cengkaman musuh supaya anak-anak mereka dapat bersekolah, menuntut ilmu, bersiar-siar tanpa rasa risau dan sekatan ditanah mereka sendiri.
 Sabda Rasullulah s.a.w 


          “Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”


Maka para sahabat r.a. bertanya,


 ”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”


Sahabat bertanya lagi,


“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“


Sahabat bertanya lagi,


“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

1 comment:

  1. nice entry..pas bce entry kite bg ikan kt bwh 2 mkn.hehe:)

    ReplyDelete